Yemen secara rasmi sertai perang sokong Iran

Yemen secara rasmi sertai perang sokong Iran
Yemen secara rasmi sertai perang sokong Iran

Yahya Saree – Foto: Agensi

SANAA – Tentera Yemen secara rasmi mengumumkan penyertaan dalam konflik menentang Amerika Syarikat (AS) dan Israel sebagai tanda sokongan kepada Iran serta pakatan penentangan di Lubnan, Iraq dan Palestin.

Jurucakap Angkatan Tentera Yemen, Yahya Saree, dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, keputusan itu dibuat susulan peningkatan ketegangan ketenteraan berterusan, termasuk serangan terhadap infrastruktur serta korban dalam kalangan penduduk di negara sekutu mereka.

Menurut beliau, campur tangan ketenteraan secara langsung itu selaras dengan pendirian terdahulu Yemen untuk membantu Iran dan sekutunya dalam menghadapi apa yang disifatkan sebagai pencerobohan oleh AS dan Israel.

Dalam perkembangan sama, tentera Yemen memaklumkan mereka telah melancarkan operasi ketenteraan pertama dengan melepaskan beberapa peluru berpandu balistik yang menyasarkan lokasi strategik ketenteraan Israel di selatan wilayah Palestin yang diduduki.

Serangan tersebut dilaporkan berlaku serentak dengan operasi ketenteraan oleh Iran serta kumpulan Hizbullah di Lubnan, sekali gus mencerminkan penyelarasan antara sekutu dalam konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.

“Dengan izin Allah, operasi ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu, sambil menegaskan bahawa serangan akan diteruskan sehingga semua bentuk pencerobohan terhadap pakatan mereka dihentikan.

Perkembangan ini dijangka menambah ketegangan konflik serantau yang kini semakin meluas apabila lebih banyak pihak mula terlibat secara langsung dalam pertempuran. – Agensi

Ringkasan AI

  • Tentera Yemen menyertai konflik menentang AS dan Israel untuk sokong Iran dan sekutu.
  • Keputusan ini diambil kerana ketegangan dan serangan terhadap infrastruktur sekutu.
  • Campur tangan selaras dengan pendirian Yemen untuk bantu Iran hadapi AS dan Israel.
  • Tentera Yemen melancarkan operasi ketenteraan pertama menyerang lokasi strategik Israel.
  • Operasi diselaraskan dengan Iran dan Hizbullah, meningkatkan ketegangan Asia Barat.
Scroll to Top