01 April 2026 08:27pm
Masa membaca: 4 minit

Sebuah pesawat pengangkut tentera An-26 milik Rusia terhempas di Crimea pada Rabu. Foto: Agensi
MOSCOW – Sebuah pesawat pengangkut tentera An-26 milik Rusia terhempas di Crimea pada Rabu, mengorbankan 30 orang termasuk tujuh anak kapal dan 23 penumpang, lapor Xinhua.
Jawatankuasa Siasatan Rusia telah membuka kertas siasatan jenayah berhubung insiden itu, menurut satu kenyataan dikemas kini.
Penyiasat tentera, pakar forensik, serta kakitangan daripada Kementerian Kecemasan Rusia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri kini sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan pergunungan serta berhutan di daerah Bakhchysarai, Crimea.
Kementerian Pertahanan Rusia pada lewat Selasa berkata pesawat An-26 itu telah terputus hubungan semasa penerbangan berjadual di ruang udara Semenanjung Crimea.
Laporan awal menyatakan bahawa pasukan mencari dan menyelamat telah menemui lokasi nahas.
Tiada sebarang tembakan musuh ditujukan ke arah pesawat tersebut dan semua keadaan berkaitan insiden itu masih dalam siasatan.
Dapatan awal menunjukkan nahas tersebut berpunca daripada kerosakan teknikal. – Bernama-Xinhua
Ringkasan AI
- Sebuah pesawat An-26 Rusia terhempas di Crimea, mengorbankan 30 orang.
- Jawatankuasa Siasatan Rusia membuka siasatan jenayah berhubung insiden ini.
- Operasi mencari dan menyelamat dijalankan di kawasan pergunungan Bakhchysarai.
- Pesawat terputus hubungan semasa penerbangan di ruang udara Crimea.
- Kerosakan teknikal disyaki sebagai punca nahas pesawat.



