Objektif AS di Iran 'hampir selesai'

Objektif AS di Iran 'hampir selesai'

Washington: Presiden Donald Trump pada Rabu berkata, Amerika Syarikat (AS) “hampir selesai” objektifnya dalam perang menentang Iran dan memuji pasukan Amerika kerana mencapai “kemenangan yang luar biasa” dalam konflik berkenaan.

“Malam ini, saya gembira untuk mengatakan bahawa objektif strategik teras ini hampir selesai,” kata Trump dalam ucapan perdana pertamanya sejak permulaan konflik pada akhir Februari.

“Dalam tempoh empat minggu yang lalu, angkatan tentera kita memberikan kemenangan yang pantas, tegas dan mengagumkan di medan perang – kemenangan yang jarang dilihat oleh orang ramai sebelum ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top