
Karya seni protes itu secara terang-terangan mengutuk Trump. – Foto Agensi
WASHINGTON – Sebuah tandas duduk bersalut emas yang diberi julukan sebagai ‘takhta’ Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencuri tumpuan ramai.
Simbol ejekan terhadap pemimpin Republikan itu yang dilengkapi dengan plak tertera ‘Takhta yang sesuai untuk Raja’ ditempatkan di kawasan berhampiran Rumah Putih di Washington.
Kemarahan orang awam meningkat selepas Trump didakwa terlalu memfokuskan projek mega mengubahsuai kediaman rasminya ketika negara itu bergelut dengan krisis ekonomi dan peperangan di Asia Barat.
“Trump menumpukan perhatian kepada apa yang benar-benar penting: menukar kamar mandi Lincoln di Rumah Putih. Ia sebagai penghargaan kepada seorang pemimpin berwawasan yang tekun, melihat masalah dan menyelesaikannya dengan cara mewah (dicat emas),” menurut tulisan berunsur sindiran pada plak itu lagi.
Segulung tisu tandas bertulis ‘The Secret Handshake’ tergantung pada struktur itu, menambah lagi kecaman pedas terhadap Trump
Meskipun banyak pihak mengecam tindakan pembaziran Trump, Rumah Putih tetap mempertahankan projek untuk menaiktaraf kediaman rasmi Presiden tersebut. – Agensi
Ringkasan AI
- Tandas duduk bersalut emas dipamerkan berhampiran Rumah Putih.
- Tandas tersebut adalah simbol ejekan terhadap Donald Trump.
- Trump dikritik kerana fokus pada projek mewah ketika krisis ekonomi.
- Tulisan pada plak sindir Trump lebih mementingkan tandas daripada isu besar.
- Rumah Putih pertahan keputusan naik taraf kediaman rasmi Presiden.



