Pelakon Abby Abadi memuat naik video memaparkan bersama rakan baiknya, Azza Elite melompat gembira selepas mengetahui anak perempuannya, Marissa Dania dalam proses bercerai.
Menerusi perkongsian di TikTok, Abby menitipkan kata-kata semangat buat Marissa agar dipermudahkan urusan untuk lalui proses berkenaan.
BACA: “Kami Dalam Proses Berpisah…Harap Tiada Lagi Kenyataan Dari Mana-Mana Pihak”
@abbyabadi.exclusive Mama & Aunty @azzaelite sayang Adik @Marissa Dania sangat2! Kuatkan semangat utk keluar dari keadaan ini… Semoga cepat selesai & ALLAH permudahkan segalanya? Tiada apa yg perlu dikejar di dunia ini, kerana semuanya hanya sementara ye Adik… Yang benar-benar berharga bukanlah penilaian ataupun pujian manusia, tetapi hati yang tenang, harga diri, maruah yang terjaga.. Adik kuat, Adik hebat! Jadi versi yg lebih baik selepas ini ok? Semat dalam hati, apa saja situasi.. Mama akan sentiasa ada?
“Kuatkan semangat untuk keluar dari keadaan ini. Semoga cepat selesai dan ALLAH permudahkan segalanya.
“Tiada apa yang perlu dikejar di dunia ini, kerana semuanya hanya sementara ya adik. Yang benar-benar berharga bukanlah penilaian atau pujian manusia, tetapi hati yang tenang, harga diri ,maruah yang terjaga,” katanya.
Sementara itu, Abby turut mengatakan anaknya itu seorang yang hebat serta mendoakan agar Marissa akan berubah ke arah lebih baik selepas ini.
“Adik kuat, adik hebat! Jadi versi yang lebih baik selepas ini ok. Ingat dan semat dalam hati, apa saja situasi… Mama akan sentiasa ada. Terima Kasih untuk semua yang bersama dan mendoakan,” katanya.
Semalam, Marissa memaklumkan dia dan suaminya, Aslam kini dalam proses berpisah serta berharap agar tiada lagi kenyataan dari mana-mana pihak dan memohon diberi sedikit ruang.




