nfazlina@nstp.com.my
Kota Bharu: “Saya tiada maklumat,” kata Timbalan Presiden Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika diminta mengulas sama ada gabungan parti itu antara dua kumpulan yang akan mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) minggu hadapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Tuan Ibrahim bagaimanapun yakin jawatankuasa perundingan sudah memulakannya di peringkat negeri.
Terdahulu media melaporkan, BN mengesahkan akan mengadakan dua perjumpaan berasingan dengan dua kumpulan berbeza minggu depan bagi membincangkan kerjasama politik menghadapi PRN Melaka.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kedua-dua pertemuan itu telah diatur oleh Ibu Pejabat BN pada tarikh dan waktu berbeza.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti dua kumpulan berkenaan, sama ada membabitkan Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) atau parti lain.
© New Straits Times Press (M) Bhd




