LATEST
National

KLSCAH: Pegawai menteri dipanggil lengkapkan siasatan di bawah Sesyen 23 Akta SPRM

KLSCAH: Pegawai menteri dipanggil lengkapkan siasatan di bawah Sesyen 23 Akta SPRM

KUALA LUMPUR: Pegawai seorang menteri dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kontroversi lanjutan tempoh pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Baca juga: WiFi Awam: Cara Guna Dengan Selamat Di Kafe Dan Mall

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan perkara itu dan berkata, pegawai terbabit dipanggil bagi tujuan melengkapkan siasatan yang dijalankan di bawah Sesyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau turut berkata, SPRM akan memulakan siasatan berhubung isu tatakelola sekiranya ada.

Sementara itu, BH dimaklumkan, rakaman percakapan berkenaan dijalankan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selama lima jam, bermula 10 pagi tadi.

SPRM dalam satu kenyataan juga menyeru agar semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai siasatan terbabit.

Malah, agensi antirasuah itu turut meminta untuk memberi ruang agar siasatan ini berjalan lancar memandangkan ia masih di peringkat awal.

“SPRM tidak akan berkompromi dan akan melaksanakan siasatan dengan bebas, adil, serta berlandaskan undang-undang,” katanya.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menerusi media sosial mengesahkan pembantunya dipanggil ke SPRM pagi ini, berhubung isu pajakan tanah Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Pada 14 November lalu, kerajaan dilapor meluluskan pembaharuan pajakan tanah KLSCAH bagi tempoh 99 tahun dengan premium nominal bernilai RM1,000, berbanding anggaran awal RM4.67 juta.

Hannah kemudian dipetik memaklumkan bahawa pengurangan premium itu mengambil kira perubahan kategori kegunaan tanah berkenaan daripada komersial kepada institusi.

Ahli Parlimen Segambut itu berkata, tanah berkenaan dikhususkan bagi kegunaan institusi dan warisan, yang menjadi antara faktor dipertimbangkan ketika menilai rayuan KLSCAH untuk mendapatkan pengurangan premium.

Pada 14 September lalu, Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan dilapor meluluskan penyerahan balik dan pemberi milikan semula tanah berkenaan bagi kegunaan institusi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news