Oh! Tidak
Steve Bannon desak anak Netanyahu dihantar ke medan perang Iran, persoal kenapa masih berada di Miami.
Konflik antara Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran nampaknya makin tegang sampai ada pihak mula bersuara lantang. Kali ini, bekas penasihat kanan Presiden AS, Steve Bannon tampil dengan kenyataan yang agak panas.
Dalam satu kenyataan, Steve mempersoalkan tindakan anak Perdana Menteri Israel yang dikatakan masih berada di Amerika Syarikat ketika konflik sedang berlaku. Menurut laporan, Yair Netanyahu yang juga anak kepada Benjamin Netanyahu kini berada di Miami, Amerika Syarikat.
Anak Netanyahu di Miami, keluarkan dia esok.- Katanya.
Situasi ini membuatkan Bannon mempersoalkan kenapa beliau tidak berada di barisan hadapan seperti rakyat lain ketika konflik sedang memuncak.
Anak-anak Setanyahu dipersoal tidak sertai latihan tentera wajib

Bannon turut menggesa pihak berkuasa Amerika untuk bertindak segera dan menghantar Yair kembali ke Israel bagi menyertai perkhidmatan tentera.
Mana Jabatan Keselamatan Dalam Negeri bila kita perlukan mereka? Hantar dia kembali ke sana, pakai uniform, dan biar dia dalam gelombang pertama.- Katanya.
Bukan itu sahaja, beliau juga mengkritik golongan elit dari negara Teluk yang didakwa tidak turut serta dalam konflik walaupun berpihak kepada Washington.

Apa yang lagi jadi bualan, kedua-dua anak Netanyahu iaitu Yair dan abangnya, Avner dilaporkan masih belum menyelesaikan perkhidmatan tentera wajib walaupun sudah mencapai usia yang sepatutnya.
Perkara ini secara tak langsung menimbulkan persoalan dalam kalangan ramai, terutama ketika konflik sedang berlangsung.
Pssttt! Dalam isu konflik macam ni, ramai rakyat Malaysia memang jelas berdiri menyokong Palestin dan menentang penindasan yang berlaku. Ohmedia nasihatkan korang untuk terus peka dengan perkembangan semasa dan jangan mudah terpengaruh dengan naratif yang mengelirukan. Apa pun, kita doakan agar konflik ini segera berakhir dan orang awam yang tak bersalah tidak terus menjadi mangsa.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




