Jom Lepak Open Hause rai kanak-kanak kurang berkemampuan di Genting

Jom Lepak Open Hause rai kanak-kanak kurang berkemampuan di Genting

SHAH ALAM – Seramai 32 kanak-kanak dari Badan Amal Nur Zaharah, Janda Baik diraikan dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jom Lepak Open Hause anjuran Resorts World Genting bersempena sambutan Jom Raya Kaw Kaw 2026.

Resorts World Genting dalam satu kenyataan berkata, program yang bertempat di Kimhua Atrium itu menghidupkan semangat berkongsi rezeki di samping menawarkan pengalaman bermakna kepada kanak-kanak.

“Dekorasi Raya bertemakan Care Bears oleh Cloudco Entertainment memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kemeriahan Syawal berwarna-warni yang diinspirasikan daripada watak-watak ikonik tersebut sekali gus menambahkan sentuhan ceria dan penuh makna kepada musim perayaan ini.

“Program dimulakan dengan pengalaman menaiki kereta kabel sambil menikmati pemandangan indah sebelum diteruskan di taman tema Skytropolis dengan pelbagai permainan dan tunggangan menarik,” kata kenyataan itu.

Sebahagian kanak-kanak yang diraikan dalam program CSR Jom Lepak Open Hause anjuran Resorts World Genting bersempena sambutan Jom Raya Kaw Kaw 2026.

Sebahagian kanak-kanak yang diraikan dalam program CSR Jom Lepak Open Hause anjuran Resorts World Genting bersempena sambutan Jom Raya Kaw Kaw 2026.

Menurut kenyataan itu lagi, kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke jamuan Rumah Terbuka di Jom Makan Street Food di mana mereka dihidangkan sajian istimewa dalam suasana mesra dan selesa.

“Mereka kemudiannya dibawa ke Kimhua Atrium untuk pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi Meet and Greet bersama Cheer Bear dan Grumpy Bear serta Bengkel Lukisan Coaster Raya yang memberi ruang untuk mengekspresikan kreativiti masing-masing.

“Aktiviti yang dirancang bukan sahaja mencetuskan senyuman dan gelak tawa malah memberikan pengalaman Raya yang lebih bermakna buat mereka,” katanya.

Menurut Resorts World Genting, inisiatif Jom Lepak Open Hause mencerminkan komitmen syarikat dalam menyumbang kepada masyarakat sambil mengangkat nilai kasih sayang, keprihatinan dan kebersamaan yang menjadi teras sambutan hari Raya.

Kanak-kanak menyertai Bengkel Lukisan Coaster Raya yang memberi peluang mengekspresikan kreativiti masing-masing dalam suasana ceria.

Kanak-kanak menyertai Bengkel Lukisan Coaster Raya yang memberi peluang mengekspresikan kreativiti masing-masing dalam suasana ceria.

“Kolaborasi bersama Care Bears turut menyerlahkan elemen kehangatan, keceriaan dan sentuhan magis kepada pengalaman kanak-kanak tersebut. Selain inisiatif CSR ini, sambutan Jom Raya Kaw Kaw 2026 terus dimeriahkan dengan pelbagai tarikan menarik.

“Sebagai sambutan Raya Care Bears yang pertama di Malaysia, pengalaman ini menampilkan dekorasi bertema, ruang bergambar yang menarik serta aktiviti interaktif untuk seisi keluarga. Pengunjung juga berpeluang mengunjungi Care Bears Merchandise Pop-Up Booth serta mendapatkan pelbagai barangan eksklusif bertema,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, pengunjung juga boleh menyertai program Spend and Participate di mana pembelian dengan nilai tertentu melayakkan mereka mendapatkan kenang-kenangan peribadi melalui Care Bears Digital Photobooth di Kimhua Foyer.

Kanak-kanak bergambar bersama Cheer Bear dan Grumpy Bear dalam sesi Meet and Greet yang menjadi antara tarikan utama program berkenaan.

Kanak-kanak bergambar bersama Cheer Bear dan Grumpy Bear dalam sesi Meet and Greet yang menjadi antara tarikan utama program berkenaan.

“Selain itu, program Syawal redemption (belanja dan tebus) menawarkan paket Raya Care Bears eksklusif, baucar membeli-belah serta barangan edisi terhad seperti pin khas dan cawan. Penebusan boleh dibuat di Kaunter Informasi, Zouk Atrium, Aras 1 sehingga 12 April.

“Menambahkan lagi kemeriahan, pelbagai hiburan harian seperti Raya Mana Dance Show, Raya Robot Show, Wayang Kulit, Cak Lempung dan Dikir Barat turut diadakan. Sepanjang musim perayaan ini, persembahan tarian Raya turut diadakan dengan elemen interaktif yang mengajak pengunjung turut serta memeriahkan suasana,” katanya.

Berlangsung hingga 12 April 2026, Jom Raya Kaw Kaw 2026 menggabungkan elemen komuniti, aktiviti interaktif dan persembahan budaya dalam satu sambutan Raya yang meriah dan penuh kenangan.

Scroll to Top