Gurauan undang padah

Gurauan undang padah

Manila: Seorang penumpang ditahan selepas didakwa membuat gurauan mengenai bom di dalam sebuah pesawat komersial di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez di Tacloban, Leyte, pada Khamis.

Menurut laporan PhilStar, seorang kru kabin bertanya kepada penumpang itu sama ada terdapat pengecas mudah alih dalam beg bawaannya.

Penumpang itu dilaporkan menjawab, “Tiada pengecas mudah alih, tetapi ada bom… gurau saja.”

Jawapan lelaki itu menyebabkan penumpang panik dan mendorong kru kabin memaklumkan juruterbang serta polis.

Semua penumpang diarahkan turun dari pesawat dan beg bawaan mereka diperiksa menggunakan pengimbas.

Anggota pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) polis Eastern Visayas serta unit anjing pengesan turut menjalankan pemeriksaan keselamatan.

Penerbangan disambung semula selepas pihak berkuasa mengisytiharkan lapangan terbang itu bebas daripada bahan letupan atau bahan mudah terbakar.

Suspek kemudian diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa Lapangan Terbang Tacloban.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top