LATEST

Alexander garis tiga keutamaan tingkat mutu perkhidmatan lebuh raya

Alexander garis tiga keutamaan tingkat mutu perkhidmatan lebuh raya

PUTRAJAYA – Tiga keutamaan yang perlu diberi perhatian oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan semua pengendali lebuh raya bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna.Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keutamaan itu melibatkan tindakan pantas terhadap aduan melalui MyJalan, ketepatan maklumat trafik dan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan.”Saya ingin menegaskan satu mesej kepada seluruh pemain industri, kecemerlangan lebuh raya tidak boleh diukur melalui infrastruktur semata-mata.”Ia mesti mesti dilihat melalui kecekapan perkhidmatan, keselamatan dan keyakinan rakyat terhadap sistem lebuh raya negara,” katanya ketika berucap merasmikan Anugerah Industri Lebuh Raya 2026 (AIL 2026) pada Khamis.Hadir sama Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Mohd Hadzmir Yusoff.Dalam pada itu, Alexander berkata, Kementerian Kerja Raya melalui LLM akan terus memperkasa penggunaan teknologi digital, data raya dan kecerdasan buatan (AI) ke arah pengurusan lebuh raya pintar, selaras dengan Malaysia ITS Roadmap 2030.Beliau berkata, matlamatnya adalah untuk memastikan perkhidmatan lebuh raya yang lebih selamat, cekap dan mampan serta memberi manfaat langsung kepada pengguna.”Pada masa yang sama, lebuh raya bukan sekadar jaringan pengangkutan, tetapi pemangkin pertumbuhan ekonomi d an pembangunan negara.”Justeru, kerjasama strategik antara Kerajaan dan pemain industri perlu terus diperkukuh demi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh rakyat,” katanya.Sementara itu, beliau turut menghargai peranan media membawa suara pengguna termasuk aduan, teguran dan pengalaman yang mungkin tidak selalu menyenangkan untuk didengar.Katanya, teguran yang berasas tidak wajar dilihat sebagai serangan terhadap industri, tetapi sebagai peluang untuk membetulkan kelemahan dan meningkatkan keyakinan masyarakat.”Sebab itu, saya mahu hubungan antara pengendali lebuh raya, LLM, Kementerian Kerja Raya dan pihak media terus diperkukuh.”Maklumat trafik tidak dan penjelasan tentang gangguan operasi hendaklah disampaikan secara jelas, tepat pada masanya dan mudah difahami. Kita seharusnya membiarkan kekosongan maklumat menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna,” katanya.

Latest news