Siti Nordiana FC rangkul Anugerah FC #FANtastik Popular

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Nordiana menang trofi Anugerah FC #FANtastik Popular kategori online pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam. FC Siti Nordiana mendapat 248,249 undi.

Trofi yang buat pertama kali diperkenalkan itu adalah sebagai tanda penghargaan ABPBH ke-33 kepada kelab peminat yang aktif menggerakkan kempen program anugerah tersebut melalui pelbagai kegiatan dan pengisian.

Sebagai pengetahuan, ABPBH ke-33 menjalinkan kerjasama dengan aplikasi TikTok dalam memperkenalkan kategori khas itu bagi menghargai kelab peminat.

Sebanyak 24 kelab peminat atau FC yang sebahagian besarnya mewakili artis bertanding dalam pelbagai kategori serta aktif menjayakan kempen ABPBH sejak beberapa tahun lalu telah mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.

Menerusi kategori khas itu, kelab peminat atau secara individu yang meminati artis tertentu perlu memuat naik video yang kreatif untuk mengumpul undian yang tertinggi.

Sumber: BH

Akmal Hakim
Glamour Desk

Scroll to Top