
Ilustrasi dijana AI mengambarkan insiden seorang penumpang cuba membuka pintu kecemasan ketika pesawat itu hampir mendarat. -Agensi
NEW DELHI – Kejadian cemas berlaku pada pagi 30 Mac 2026, dalam penerbangan pesawat IndiGo dari Bengaluru ke Varanasi, apabila seorang penumpang, Mohammad Adnan, cuba membuka pintu kecemasan ketika pesawat itu hampir mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Lal Bahadur Shastri.
Penumpang lain terkejut apabila Mohammad Adnan mendekati pintu kecemasan dan cuba menolak untuk dibuka.
Kru kabin kemudian yang melihat kejadian berkenaan, segera bertindak menahannya, manakala juruterbang memutar semula pesawat ke udara sebelum membuat pendaratan selamat tidak lama kemudian.

Suspek, Mohammad Adnan.-Agensi
Semasa disoal siasat, Mohammad Adnan mendakwa dirinya dirasuk hantu dan menyatakan dia tidak mengetahui bahawa pintu pesawat tidak boleh dibuka semasa penerbangan.
Dia kemudian diserahkan kepada pegawai keselamatan penerbangan dan Pasukan Keselamatan Pusat (CISF).
Satu kes telah didaftarkan di bawah Seksyen 125 Kod Kehakiman India kerana membahayakan nyawa dan keselamatan penumpang lain.
Pihak berkuasa turut menyoal siasat Mohammad Adnan, termasuk Pasukan Anti-keganasan dan Biro Perisikan, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan.
Mohammad Adnan merupakan penduduk daerah Mau, Uttar Pradesh, dan baru pulang dari perjalanan ke Goa.-Agensi



