
Serangan udara AS-Israel menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ahvaz di wilayah Khuzestan barat daya Iran pada Ahad – Foto: X Anadolu Ajansi
ISTANBUL – Serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ahvaz di wilayah Khuzestan, barat daya Iran, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita separa rasmi Tasnim pada Ahad.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam serangan itu.
Agensi berkenaan, memetik timbalan gabenor Khuzestan berkata serangan turut menyasarkan beberapa lokasi di seluruh wilayah itu dalam beberapa hari kebelakangan ini, tanpa memberikan butiran mengenai kecederaan atau kerosakan.
Serangan itu berlaku ketika permusuhan di rantau itu semakin memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari lepas, yang mengorbankan lebih 1,340 orang setakat ini, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ali Khamenei.
Teheran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS. – Bernama



