Iran Berjaya Tembak Empat Pesawat Tentera AS Semasa Operasi Menyelamat | Oh! Tidak – Oh! Media

Iran Berjaya Tembak Empat Pesawat Tentera AS Semasa Operasi Menyelamat | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Empat pesawat tentera AS ditembak jatuh di Iran ketika misi menyelamat juruterbang gagal sepenuhnya.


Iran dilaporkan berjaya menembak jatuh empat pesawat tentera Amerika Syarikat dalam satu operasi ketenteraan. Kejadian ini berlaku di ruang udara tengah Iran ketika misi menyelamat juruterbang AS sedang dijalankan.

Menurut sumber tentera Iran, operasi AS bukan sahaja gagal, malah mengakibatkan kehilangan beberapa aset penting milik AS. Situasi ini terus menambah ketegangan antara dua kuasa besar dunia itu.

Operasi menyelamat tentera Amerika Syarikat bertukar tragedi

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Menurut jurucakap markas tentera Iran, Ebrahim Zolfaghari, empat pesawat yang ditembak jatuh itu terdiri daripada dua pesawat pengangkut C-130 Hercules dan dua helikopter Black Hawk.

Operasi ini dikatakan dijalankan oleh AS untuk menyelamatkan juruterbang mereka yang sebelum ini terlibat dalam insiden pesawat ditembak jatuh di kawasan selatan Isfahan.

Namun, tindakan pantas pasukan Iran termasuk Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), tentera darat, Basij dan pihak penguat kuasa berjaya menggagalkan misi tersebut sepenuhnya.

Yang dirancang sebagai operasi helah dan melarikan diri dengan dalih menyelamatkan juruterbang pesawatnya yang ditembak jatuh di sebuah lapangan terbang terbiar di selatan Isfahan.- Katanya.

Dakwaan bercanggah antara Iran dan AS

Donald Trump

Menariknya, Amerika Syarikat pula tampil dengan versi berbeza. Presiden Donald Trump mendakwa operasi tersebut berjaya dan dianggap antara misi menyelamat paling berani dalam sejarah negara itu.

Trump turut menyatakan bahawa kedua-dua juruterbang berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan selamat.

Namun, pihak Iran menolak dakwaan itu dan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai usaha untuk mengelirukan orang ramai selepas kegagalan operasi.

Konflik semakin memuncak

Iran

Sebelum ini, Iran mendakwa telah menembak jatuh jet pejuang F-35 milik AS, yang mencetuskan misi menyelamat tersebut. Nasib juruterbang ketika itu dilaporkan tidak diketahui.

Ketegangan ini sebenarnya berpunca daripada serangan bersama AS dan Israel ke atas Tehran pada 28 Februari lalu yang mengorbankan ramai pihak termasuk pemimpin tertinggi Iran ketika itu, Ali Khamenei.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke arah Israel serta aset AS di Asia Barat, menjadikan konflik ini semakin tegang dan berisiko besar.

Pssttt! Setakat ni, apa sahaja perkara yang dikatakan Amerika Syarikat diragui. Ini apabila semua yang dikatakan pihak mereka dilihat bercanggah dengan Iran sehingga membuatkan ramai merasakan AS hanya bermimpi.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top