Trending
Che’ Puan Khaleeda selamat bersalin anak kelima, bayi perempuan sihat dan terima doa ramai.
Berita gembira datang dari keluarga diraja Johor bila isteri kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail iaitu Che’ Puan Mahkota Khaleeda selamat melahirkan anakanda kelima pada Ahad.
Perkhabaran bahagia ini dikongsikan sendiri oleh Che’ Puan Khaleeda menerusi satu kenyataan di Facebook, sekali gus buat ramai tumpang gembira dengan kelahiran terbaru dalam keluarga diraja ini.
Ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat
Menurut Che’ Puan Khaleeda, beliau dan bayi perempuan yang dilahirkan berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Dengan penuh kesyukuran kepada Allah SWT, kami dengan sukacitanya memaklumkan kelahiran selamat cahaya perempuan kami.
Dengan rahmat-Nya yang tidak terhingga, bayi dan saya berada dalam keadaan sihat, Alhamdulillah.- Katanya.
Berita ini sememangnya melegakan ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan keluarga diraja Johor.
Ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan
Dalam masa sama, Che’ Puan Khaleeda turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dirinya dan bayi.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala doa dan ucapan yang diterima. Hati kami dipenuhi rasa syukur.
Semoga Allah SWT menerima setiap doa tersebut serta membalasnya dengan limpahan kebaikan dan keberkatan.- Katanya.
Jelas beliau, setiap doa dan ucapan yang diterima amat dihargai dan memberi makna besar buat mereka sekeluarga.
Kini dikurniakan lima cahaya mata
Untuk info, pasangan diraja ini sebelum ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Zahrah Zarith Aziyah.
Dengan kelahiran terbaru ini, keluarga mereka kini bertambah lagi dengan kehadiran seorang puteri, namun nama bayi tersebut masih belum diumumkan.
Pssttt! Korang, setiap kelahiran adalah satu rezeki dan amanah besar. Jangan lupa hargai keluarga dan sentiasa doakan kesejahteraan mereka, sebab itulah kebahagiaan sebenar dalam hidup.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!







