Player nasihat Woods ambil pemandu

Player nasihat Woods ambil pemandu

Augusta: Legenda golf Gary Player mencuri perhatian apabila menasihatkan Tiger Woods supaya mendapatkan pemandu peribadi susulan penahanannya kerana memandu di bawah pengaruh (DUI) bulan lalu.

Player, bersama Jack Nicklaus dan Tom Watson, melakukan pukulan pembukaan simbolik Masters di Augusta National.

Woods, pemenang 15 gelaran utama, mengaku tidak bersalah selepas ditahan berikutan kemalangan berhampiran kediamannya di Florida.

Menurut Player, Woods yang bergelut dengan kesakitan kronik akibat pelbagai pembedahan tidak wajar memandu ketika mengambil ubat penahan sakit.

“Dia menanggung kesakitan yang amat lama. Saya tidak salahkan dia ambil ubat, tetapi dia tidak patut memandu. Lebih baik dia ambil pemandu,” katanya.

Nicklaus turut menyuarakan sokongan kepada Woods dan berharap legenda itu dapat kembali ke gelanggang, sambil menyifatkan kehadiran Woods masih penting kepada dunia golf.

Woods kini berada di Eropah bagi menjalani rawatan dan pemulihan kesihatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top