Tokoh Diplomasi Iran Kamal Kharrazi Meninggal Dunia Selepas Serangan | Oh! Tidak – Oh! Media

Tokoh Diplomasi Iran Kamal Kharrazi Meninggal Dunia Selepas Serangan | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Tokoh diplomasi Iran Kamal Kharrazi dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan serangan AS-Israel.


Iran sekali lagi digemparkan dengan berita pemergian seorang tokoh besar mereka. Kali ini melibatkan Kamal Kharrazi yang dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius.

Menurut laporan media tempatan Iran, kematian beliau dikaitkan dengan serangan melibatkan Amerika Syarikat dan Israel sebelum ini, sekali gus menambah lagi ketegangan di rantau Asia Barat.

Tokoh Iran
Ohmedia tokoh Iran2

Kamal Kharrazi yang merupakan Ketua Majlis Strategik Hubungan Luar Iran dilaporkan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan susulan kecederaan serius.

Beliau juga merupakan bekas menteri luar negeri Iran dan antara individu penting dalam dunia diplomasi negara tersebut. Kehilangan beliau dilihat sebagai satu tamparan besar kepada kepimpinan strategik Iran.

Ketegangan serantau dijangka meningkat

Setakat ini, pihak berkuasa Iran masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi terperinci mengenai bila dan di mana serangan itu berlaku. Namun, ramai menjangkakan insiden ini bakal meningkatkan lagi ketegangan yang sudah sedia memuncak melibatkan Iran, Israel dan Amerika Syarikat.

Kamal Kharrazi dikenali sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam membentuk dasar luar Iran, terutamanya dalam hubungan dengan kuasa Barat dan konflik di Asia Barat.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang reaksi rasmi daripada Washington atau Tel Aviv berhubung laporan kematian tersebut.

Pssttt! Dalam dunia yang penuh konflik ni, setiap kehilangan tokoh besar pasti memberi kesan besar kepada kestabilan global. Korang sebagai rakyat biasa, ambil tahu perkembangan semasa dan sentiasa nilai sesuatu berita dengan bijak sebelum buat sebarang kesimpulan. Al – Fatihah

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top