Anwar Ibrahim Sahkan Enam Kapal Minyak Berjaya Lepasi Selat Hormuz

Anwar Ibrahim Sahkan Enam Kapal Minyak Berjaya Lepasi Selat Hormuz

Oh! Negara

Bekalan minyak Malaysia kekal terkawal apabila enam kapal lepasi Selat Hormuz, kata Anwar Ibrahim.


Bekalan minyak Malaysia nampaknya masih berada dalam keadaan stabil walaupun timbul sedikit kebimbangan sebelum ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri tampil menjelaskan situasi sebenar kepada orang ramai.

Menurut Anwar Ibrahim, enam daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bekalan minyak mentah sudah berjaya melepasi Selat Hormuz dan kini dalam perjalanan pulang ke negara ini.

Bagaimanapun, sebuah lagi kapal dilaporkan mengalami kerosakan dan masih tersadai di pelabuhan.

Enam kapal minyak Malaysia berjaya lepasi laluan penting

Perkembangan ini memberi kelegaan kerana Selat Hormuz merupakan laluan utama bagi penghantaran minyak dunia. Bila kapal berjaya lepasi kawasan ini, ia bermaksud operasi masih berjalan seperti biasa.

Maklumat ini turut dikongsi selepas beliau menerima perkembangan terkini daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik.

Alhamdulillah semua terlepas. Satu sudah pun hampir sampai, satu sudah berlepas cuma satu kapal kita mengalami kerosakan yang tersadai di pelabuhan. Jadi yang enam lagi itu berjalan.- Katanya.

Anwar Ibrahim jamin bekalan minyak dijangka kekal stabil

Anwar Ibrahim

Dengan situasi semasa, kerajaan menjangkakan bekalan minyak Malaysia untuk bulan April dan Mei masih mencukupi. Ini penting untuk memastikan keperluan rakyat dan industri terus berjalan tanpa gangguan.

Kita berharap bekalan minyak untuk April dan Mei itu nampak masih dalam keadaan yang sangat terkawal.- Katanya.

Pssttt! Isu bekalan minyak memang cepat buat orang risau, lagi-lagi bila dengar ada kapal rosak. Tapi korang jangan panik dulu sebab setakat ini keadaan masih terkawal. Ohmedia nasihatkan korang teruskan guna minyak secara berhemah dan sentiasa follow perkembangan semasa.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top