Pukul anak tiri hingga mati hanya kerana terjatuhkan sabun

Pukul anak tiri hingga mati hanya kerana terjatuhkan sabun
Pukul anak tiri hingga mati hanya kerana terjatuhkan sabun

Wanita yang memukul anaknya sehingga maut itu ditahan dan mengaku melakukan jenayah tersebut.

PHNOM PENH – Perbuatan seorang wanita di Kemboja yang memukul anak tirinya hingga maut akhirnya terbongkar.

Suspek berusia 24 tahun itu naik angin hanya kerana mangsa yang berumur dua tahun terjatuhkan sabun secara tidak sengaja.

Menurut laporan media, dia menendang dan menolak tubuh kecil budak lelaki tersebut ke dinding.

“Wanita itu turut mencubit dan memukul tubuhnya beberapa kali hingga lembik.

“Dia mula panik setelah melihat wajah anak tirinya menjadi pucat dan segera membawanya ke hospital berhampiran tetapi doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” menurut laporan itu.

Bagi menghapuskan bukti perbuatan jenayahnya, wanita itu membawa jasad budak tersebut ke sebuah kuil untuk upacara kremasi (pembakaran).

“Dia mendesak ketua biara untuk menyegerakan adat tersebut.

“Ketua biara itu yang berasa curiga bertindak melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa,” jelas laporan berkenaan lagi.

Wanita itu kemudiannya ditahan dan mengaku melakukan jenayah itu.

Hasil bedah siasat pula mendapati kematian mangsa berpunca daripada buah pinggangnya pecah. – Agensi

Scroll to Top