Oh! Artis
Ibu Aliff Aziz kecewa budaya fitnah media sosial makin melampau, seru masyarakat muhasabah diri.
Isu melibatkan ibu kepada penyanyi Aliff Aziz kembali jadi perhatian ramai apabila beliau meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir netizen di media sosial. Menurut Siti Hafizah, budaya fitnah dan kebencian yang semakin menjadi-jadi hari ini dilihat sudah melampaui batas kemanusiaan dan amat membimbangkan.
Siti Hafizah atau nama sebenarnya Siti Hafiza Basharahil berkata, apa yang berlaku di media sosial sekarang cukup menyedihkan, terutama apabila melibatkan individu yang mengaku sebagai Muslim.
Tahap fitnah, sangkaan dan kebencian ditunjukkan amat menyedihkan. Mereka mengaku Muslim, namun akhlak dipamerkan jauh tersasar daripada ajaran sebenar. Semoga Allah mengurniakan ketenangan serta kelembutan hati buat mereka.- Katanya.
Ibu Aliff Aziz sentiasa muhasabah diri dan elak menghakimi

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan dirinya agar tidak terjerumus dalam perbuatan sama seperti menyebarkan fitnah atau menghakimi orang lain tanpa hak.
Saya sentiasa mengingatkan diri supaya tidak terperangkap dengan bisikan syaitan seperti menyebarkan fitnah, mengumpat dan menghakimi orang lain.
Hak menilai hanya milik Yang Maha Esa. Allah membuka hati saya menerima setiap ujian dengan rasa syukur. Apa pun terjadi, saya tetap mengucapkan alhamdulillah.- Ujarnya.

Terdahulu, Hafizah menjadi bualan ramai selepas didakwa menutup wajah pelakon Bella Astillah dalam sebuah gambar di kediamannya di Singapura, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.
Pssttt! Kadang-kadang kita tak sedar komen atau sangkaan kita dekat media sosial boleh jadi satu bentuk fitnah. Ohmedia nasihatkan, sebelum tulis apa-apa, fikir dulu kesannya. Dunia maya ni cepat sangat menghukum, tapi ingat setiap kata tu tetap ada balasan.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




