“Saya Simpan Benih Di Hospital Tapi Tak Jadi Kahwin” – DSV Sukar Maafkan Iqbal

“Saya Simpan Benih Di Hospital Tapi Tak Jadi Kahwin” – DSV Sukar Maafkan Iqbal

Usahawan sensasi Datuk Seri Vida meluahkan perasaan mengenai hubungannya dengan bekas pembantu peribadi, Iqbal Zulkefli.

Menerusi sesi siaran langsung bersama Datuk Seri Aliff Syukri, Vida berkata dia belum mampu memaafkan Iqbal di atas apa yang berlaku antara mereka.

BACA: DSV Ada 20 Buah Rumah Cecah RM50 Juta, Beri Staf & Saudara Mara Tinggal Percuma

Vida turut mendedahkan dia turut melakukan pengorbanan besar ketika mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga termasuk menyimpan ‘benih’ di hospital.

“Disebabkan masa tu saya muda lagi, saya telah simpan benih untuk disenyawakan dalam hospital tapi tak jadi kahwin. Saya minum pamoga.

“Bagaimana saya nak maafkan, saya ‘pelihara’ (simpan) benih saya tu selama bertahun-tahun. Setiap bulan berapa saya nak tanggung benih saya yang ada dalam hospital tu. Bulan-bulan saya bayar wang, macam mana saya tak marah?” luahnya.

Terdahulu, hubungan Vida dan Iqbal sebelum ini pernah menjadi perhatian dan merancang untuk berkahwin namun hasrat tersebut tidak kesampaian.


Scroll to Top