A. Aida Kongsi Detik Antara Hidup & Mati Ketika Koma – “Saya Rasa Seperti Berada Di Atas Langit Yang Berwarna Putih”

A. Aida Kongsi Detik Antara Hidup & Mati Ketika Koma – “Saya Rasa Seperti Berada Di Atas Langit Yang Berwarna Putih”

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida berkongsi pengalaman mencemaskan yang pernah dilaluinya apabila berada dalam keadaan koma pada November tahun lalu.

Menerusi podcast Confession Bilik Gelap yang dikendalikan Sudirman Mohd Tahir, pemilik rumah produksi A Aida Production itu menyifatkan pengalaman tersebut seolah-olah dirinya berada di persimpangan antara hidup dan mati.

“Mati adalah sakit. Memang betul, saya tak tahu sewaktu koma itu sama ada saya mati atau tidak.

“Tapi ustaz cakap, saya ini berada antara dua alam, seperti hendak pergi atau mahu balik semula,” dedahnya.

Mengulas lanjut, A. Aida menceritakan dalam keadaan tidak sedarkan diri itu, dia seakan berada di satu ruang putih luas di langit sambil mengenakan pakaian hitam labuh dan berputar tanpa arah.

“Semasa koma, memang saya rasa seperti berada di atas langit yang berwarna putih.

“Saya pakai baju yang berambu-rambu panjang dan berwarna hitam.

“Saya berputar pada bahagian atas dan memang terasa amat sakit sampai saya berdoa Ya Allah, Kau ampunilah dosa yang aku buat ini Ya Allah, ambillah nyawa aku, aku sudah tidak boleh sakit ini Ya Allah,” luahnya sebak.

ARTIKEL BERKAITAN: A Aida Kongsi Detik Tiada Harapan Di ICU, Soalan Anak Buat Hati ‘Tersentap’ Hingga Nekad Bertudung

Sebelum ini, A. Aida dilaporkan rebah selepas menjalani sesi fisioterapi sebelum dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta susulan komplikasi pembedahan lutut yang dialaminya.

Scroll to Top