Trending
Pemandu bas riba wanita ketika memandu disahkan suami orang. Polis buka siasatan kerana tindakan berbahaya.
Tular satu video memaparkan pemandu bas ekspres meriba seorang wanita ketika memandu, kini mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Menurut laporan Kosmo, lelaki berusia 36 tahun itu merupakan suami orang manakala wanita dalam video dipercayai hanya kenalannya dan perkara ini disahkan sendiri Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert.
Lelaki riba wanita dalam bas rupanya sudah berkahwin

Menurut pihak polis, kedua-dua individu tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan lanjut.
Pemandu bas ekspress tersebut sudah berkahwin, manakala kita belum mendapat apa-apa maklumat mengenai kenalan wanitanya.
Kita telah minta kerjasama pasangan itu untuk tampil segera ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jasin bagi membantu siasatan.
Kejadian berlaku ketika dalam perjalanan dari TBS ke Johor

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 12 April sekitar jam 7.30 malam di kawasan susur masuk RnR Bemban arah selatan, ketika bas dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Larkin Sentral, Johor Bahru.
Video tersebut mula dikesan tular pada keesokan harinya.
Polis turut menegaskan bahawa perbuatan tersebut sangat berbahaya kerana boleh menjejaskan kawalan kenderaan serta mengganggu tumpuan pemandu.
Perbuatan meriba itu sangat berbahaya kerana boleh menjejaskan kawalan kenderaan, menganggu tumpuan pemandu serta membahayakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pssttt! Pemandu bas riba wanita ketika memandu disahkan suami orang. Polis buka siasatan kerana tindakan berbahaya.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




