Kerugian Iran akibat serangan AS, Israel cecah AS$270 bilion – Kerajaan

Kerugian Iran akibat serangan AS, Israel cecah AS0 bilion – Kerajaan
Kerugian Iran akibat serangan AS, Israel cecah AS0 bilion – Kerajaan

Kerugian yang dialami Iran akibat serangan AS dan Israel dianggarkan berjumlah AS$270 bilion.

TEHERAN – Kerugian yang dialami Iran akibat serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel dianggarkan berjumlah AS$270 bilion (RM1.15 trilion) berdasarkan anggaran awal, menurut Jurucakap Kerajaan Iran Fatemeh Mohajerani, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Anggaran awal dan kasar menunjukkan kerugian mencecah AS$270 bilion setakat hari ini,” kata Mohajerani.

Menurut beliau, angka yang lebih tepat akan ditentukan oleh blok ekonomi kerajaan, yang mana kakitangannya sedang menjalankan penilaian dalam beberapa peringkat.

Peringkat pertama melibatkan penilaian kerosakan terhadap bangunan, manakala peringkat kedua merangkumi kerugian berkaitan kehilangan hasil belanjawan serta penutupan kemudahan industri, kata Mohajerani.

Beliau turut menyatakan bahawa isu tuntutan pampasan ketenteraan daripada AS merupakan antara topik yang sedang diuruskan oleh pasukan perunding Iran. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti

 

 

 

 

 

 

 

Scroll to Top