“Allah Maha Mengetahui, Saya Percaya Pada Takdir & Takdir Tu Milik Aku” – Syida Melvin

“Allah Maha Mengetahui, Saya Percaya Pada Takdir & Takdir Tu Milik Aku” – Syida Melvin

Susulan isu tular membabitkan rumah tangganya bersama suami, pelakon dan usahawan, Syida Melvin meluahkan rasa terharu terhadap sokongan dan doa yang diterimanya daripada warganet.

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama lengkap, Nur Syiffa Assyidda Amirol Melvin, 29, menitipkan ucapan terima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang diberikan terhadapnya.

“Kau orang tak terbalas semua komen-komen, DM kind words dan doa semua dekat saya.Terima kasih,” katanya.

Bagaimanapun, dalam hantaran sama Syida mengakui dia reda dengan segala dugaan yang telah tertulis untuknya.

“Allah maha mengetahui. Dia pegang hati kita semua. Dia nak bolak balikkan bila-bila masa saja boleh jadi.

“Dan saya percaya pada takdir, takdir itu milik aku,” luahnya.

Terdahulu, Syida dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah.

Untuk rekod, Syida dan Syafiq mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2019. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajeeda, dan Serhan Isa.

Scroll to Top