Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan telah mengalami kemalangan jalan raya di lebuhraya Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pada Khamis.
Menurut pengurusnya, Rozi Sangdewi, insiden itu berlaku ketika Siti baru sahaja mengadakan persembahan nyanyian di RedQ AirAsia, Sepang.
“Ramai yang menghubungi kami bertanyakan tentang Siti. Kami dua buah kereta baru selesai mengadakan persembahan di RedQ AirAsia sepangs ewaktu melalui lebuhraya MEX(KM14.2) berlaku kemalangan.
“Empat kereta terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti dan kereta dinaiki saya serta @cteafairuz berada berjarak beberapa kereta di belakan,” katanya menerusi hantaran di Instgram Story.

Mengulas lanjut, Siti bagimanapun mengalami kecederaan ringan dan telahpun dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Kami membawa Siti keluardari kereta yang kemalangan dan masuk ke dalam kereta kami.
“Siti telah ke hospital dan mengalami lebam/bengkak di bahagian kaki.
“Alhamdulillah, segalanya selamat dan terima kasih di atas doa semua,” kongsinya.




