Masih Lemah & Perlu Dipantau, Anak Terpaksa ‘Discharge’ Norish Karman – “Ini Saja Kemampuan Yang Ada.. “

Masih Lemah & Perlu Dipantau, Anak Terpaksa ‘Discharge’ Norish Karman – “Ini Saja Kemampuan Yang Ada.. “

Pelakon Norish Karman dilaporkan masih dalam keadaan lemah dan memerlukan pemantauan rapi selepas menerima rawatan di hospital.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan sendiri oleh anaknya, Manda menerusi hantaran di Threads pada Rabu.

Katanya, ibunya itu  telah menerima dua pain darah serta satu dos zat besi, sekali gus menunjukkan perkembangan yang baik berbanding sebelum ini.

“Assalamualaikum semua, ini Manda. After 2 pints of blood and one dose of iron, alhamdulillah bunda condition is a lot better than before.

“Cuma mesti guna wheelchair buat masa ni kerana masih lemah dan perlu pantauan. Saya terpaksa discharge bunda buat masa ini,” katanya.

Dalam hanatran sama, Manda memaklumkan, dia terpaksa membawa ibunya keluar dari hospital buat sementara waktu atas kekangan beberapa perkara yang tidak dapat diperincikan sekali gus menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ibunya.

“Setakat ini sahaja kemampuan yang ada. Terima kasih pada yang sering mengirim doa yang baik-baik buat bunda dan  kami semua,” kongsinya.

Artikel Berkaitan:“Zat Besi Di Paras Bahaya & Jari-Jari Sudah Bertukar Menjadi Putih ”- Anak Norish Karman

Artikel Berkaitan:Kesihatan Norish Karman Merosot, Anak Rayu Doa & Sokongan Orang Ramai

Artikel Berkaitan:Norish Karman ‘Naik Hantu’, Tolak Shaza Bae Jatuh Kolam! Babak Paling Panas Takdir Cinta Terlarang Curi Tumpuan

Artikel Berkaitan:Norish Karman Lebih Berdikari, Tak Kisah Berhabis Ribuan Ringgit Demi Watak

Scroll to Top