Busana Unik Diperbuat Dari 150 Helai Tuala ‘Legend’, Aina Abdul Terkilan Persembahan Di AJL40 Separuh Akhir Alami Masalah Teknikal

Busana Unik Diperbuat Dari 150 Helai Tuala ‘Legend’, Aina Abdul Terkilan Persembahan Di AJL40 Separuh Akhir Alami Masalah Teknikal

Penyanyi popular, Aina Abdul mengakui berasa sedikit terkilan apabila persembahannya di pentas separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40 SA) tidak berjalan seperti dirancang susulan mengalami gangguan teknikal.

Menurut Aina, momen di atas pentas dirasakan terlalu singkat selain isu teknikal yang berlaku turut menjejaskan rasa puas dirinya sebagai seorang penyanyi apatah lagi dia sudah membuat persiapan rapi termasuk menjalani latihan dalam tempoh yang lama.

“Sejujurnya saya tak puas sebab saya rasa sekejap sangat momen dekat atas pentas tu dan juga saya tak tahu orang perasaan ke tak, ada gangguan teknikal tadi dan itu lagi membuatkan saya berasa tak puas.

“Sudah tentu saya terkilan sebab saya dah train lama dan setipa kali training masalah macam ni tak berlaku. Tetapi, ini adalah live show benda sebegini boleh berlaku.

“Saya okay sahaja tetapi saya kecewa sikitlah. Saya harap lagu Kamu ni ada peluang lain untuk ke pentas final untuk saya tebus balik segala masalah yang ada.,” katanya.

Akuinya, selama tujuh tahun penglibatannya dalam industri, ini adalah pertama kali dia berdepan masalah sedemikian.

“Sebenarnya, sepanjang saya masuk Muzik-Muzik dan Anugerah Juara Lagu, benda ni tak pernah berlaku dan ini tahun ke tujuh saya benda ni first time berlaku.

“Saya past ia juga berlaku pada artis sebelum ini juga kan? Mungkin bukan di pentas AJL atau mungkin ditempat lain. Jadi, benda tu berlaku dekat saya hari ini dah nasib saya,” jelasnya  selepas membuat persembahan pada hari pertama AJL40 SA Di Glenmarie Shah Alam,pada Jumaat.

Simbolik busana

Selain persembahannya antara yang paling ditunggu-tunggu, penampilan Aina juga turut mencuri perhatian apabila tampil dengan busana unik diperbuat daripada kira-kira 150 helai tuala legenda ‘Good Morning’ hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Melinda Looi.

Kata Aina, idea tercetus sebagai simbolik ‘kemunculannya semula’ dalam industri selain mahu tampil dengan konsep luar kotak.

“Idea busana saya ini daripada Melinda Looi. Actually tahun ini kita bercakap mengenai apa lagi yang kita patut buat sebab kita dah buat banyak sebelum ini, kemudian Mel send me a Good Morning towel dan dia cadangkan untuk kita menukar tuala itu kepada busana dan saya pula memang suka idea out of the box jadi saya terima cabaran itu.

“Kenapa Good Morning towel sebab ini adalah simbolik pada saya selepas ‘Puas Sudah’ dulu orang rasa macam saya ‘berehat’ tapi saya tidak berehat. Jadi, saya cuba untuk berada di sini sebagai simbolik ‘comeback’.

“Berapa banyak tuala digunakan? Rasanya dalam 150 dan kita gunakan gred paling tinggi sekali sebab tuala ni dia ada gred. Dia tebal sikit dan sesuai untuk kita buat baju. Ia hanya mengambil masa dua minggu dan ini busana kegemaran saya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:Umairah Ganti Amira Othman Nyanyi ‘Rasa & Takdir’ Di AJL40 Separuh Akhir Malam Pertama

Artikel Berkaitan:AJL40 Separuh Akhir Bakal Bermula, 20 Karya Rebut Tiket Ke Pentas Akhir… Berapa Lagu Akan Layak?

Scroll to Top