
UKMTO memaklumkan sebuah kapal tangki telah ditembak oleh dua kapal pembedil milik IRGC Iran kira-kira 20 batu nautika di timur laut Oman – Foto: Agensi
LONDON – Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) memaklumkan pada Sabtu bahawa sebuah kapal tangki telah ditembak oleh dua kapal pembedil milik Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran kira-kira 20 batu nautika di timur laut Oman, lapor Xinhua.
Menurut laporan itu, kapal pembedil berkenaan menghampiri kapal tangki berkenaan tanpa sebarang komunikasi VHF sebelum melepaskan tembakan.
Kapal berkenaan dan semua kru dilaporkan berada dalam keadaan selamat – Bernama



