Zionis tubuh ‘Garisan Kuning’ di selatan Lubnan

Zionis tubuh ‘Garisan Kuning’ di selatan Lubnan
Zionis tubuh ‘Garisan Kuning’ di selatan Lubnan

Bongkah konkrit kuning yang ditempatkan di ‘zon persempadanan’ Israel di Genting Gaza. – Foto Agensi

TEL AVIV – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) bertindak sewenang-wenangnya menubuhkan ‘Garisan Kuning’ di selatan Lubnan, meniru pendekatan yang sama seperti di wilayah yang didudukinya di Genting Gaza.

Rejim Zionis memberi ia mewujudkan ‘zon persempadanan’ itu kononnya untuk menghapuskan markas pejuang Hizbullah yang menjadi ancaman utama kepada mereka.

“Askar kami diberi kuasa untuk membedil kawasan yang menjadi kubu Hizbullah walaupun perjanjian gencatan senjata sudah berkuat kuasa,” ujar IDF yang meluluskan kempen pengeboman itu meskipun ia secara terang-terangan melanggar tempoh bertenang di Beirut.

Dalam insiden berasingan, rejim Zionis turut memperhebatkan operasi perobohan struktur di bandar Bint Jbeil yang terletak kira-kira lima kilometer dari sempadan.

Ia jelas memperlihatkan bahawa IDF semakin mengukuhkan kemaraan ke arah pendudukan di selatan Lubnan.

Pada Khamis lalu, Lubnan dan Israel bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama 10 hari bagi, namun ia gagal meredakan konflik di Beirut apabila apabila dua anggota misi pengaman Perancis terbunuh dalam insiden keganasan terbaharu. – AFP

 

Scroll to Top