Peniaga jalanan China dakwa Israel jahat, kejam

Peniaga jalanan China dakwa Israel jahat, kejam
Peniaga jalanan China dakwa Israel jahat, kejam

Seorang peniaga jalanan China mengecam tindakan perang dicetuskan Israel. – Agensi

BEIJING – Seorang peniaga makanan jalanan di China meluahkan kritikan keras terhadap Israel dan Amerika Syarikat (AS) ketika berbual dengan seorang pempengaruh pelancongan, menyifatkan tindakan kedua-dua negara itu sebagai jahat kerana didakwa mengorbankan wanita dan kanak-kanak.

Dalam perbualan tersebut, wanita berkenaan dilaporkan berkata beliau tidak memahami mengapa konflik perlu berlarutan sehingga melibatkan orang awam yang tidak bersalah.

“Mengapa perlu membunuh wanita dan kanak-kanak? Itu sangat kejam. Saya rasa tindakan seperti itu tidak boleh diterima,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan kepentingan peperangan, sambil menegaskan bahawa keamanan membawa manfaat lebih besar kepada manusia sejagat.

“Perdamaian jauh lebih baik. Jika tiada perang, semua orang boleh hidup dengan tenang, bekerja, berniaga dan membesarkan keluarga masing-masing,” ujarnya.

Ketika menyediakan makanan untuk pelancong, beliau menambah bahawa sebagai orang biasa, apa yang diharapkan hanyalah kehidupan yang stabil tanpa ancaman keganasan.

“Kami hanya rakyat biasa. Kami tidak mahukan peperangan. Kami mahu hidup aman dan mencari rezeki seperti biasa,” katanya lagi.

Rakaman interaksi itu memperlihatkan beliau terus menjalankan perniagaan sambil berkongsi pandangan secara spontan, mencerminkan sentimen individu di peringkat akar umbi yang mengharapkan penyelesaian damai di tengah ketegangan geopolitik antarabangsa.- Agensi

Scroll to Top