Memang Kelakar! 29 Pelakon Hebat Bergabung Dalam Filem Libang Libu, Janji Hiburan Santai Penuh Makna

Memang Kelakar! 29 Pelakon Hebat Bergabung Dalam Filem Libang Libu, Janji Hiburan Santai Penuh Makna

Industri perfileman tempatan bakal diserikan dengan kemunculan filem komedi-drama Libang Libu yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 23 April ini.

Menampilkan 29 orang pelakon berpengalaman dan pemenang anugerah, filem ini hadir dengan pendekatan santai yang dekat dengan realiti masyarakat Malaysia, sekali gus menawarkan pengalaman tontonan yang lebih ringan dan menghiburkan.

@xtra_my Wah, ramainya pelakon, lebih 20 bintang tuu! Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Ozlynn, Nabila Huda, Datuk Razak Ahmad, Fikry Ibrahim, Sabri Yunus, Khatijah Tan, Nadia Aqilah, Anas Ridzuan, Kodi Rasheed, Syazwan Zulkifly, Zahiril Adzim, Azhan Rani, Sara Ali, John Bear, Wan Chai, Joyce Harn, Alvin Wong, Bront Palarae, Khir Rahman, Niezam Zaidi, Fadhli Masoot, Haidar Hasanudin, Han Zalini, Kween Keela, Datuk Yusof Haslam, Rahamat Akmal, Nadiya Nisaa & ramai lagi. Barisan aktor & aktres ini menjayakan filem Libang Libu arahan Bobby Husaini yang bakal muncul di pawagam tidak lama lagi. #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Diterbitkan oleh Tangerine Films Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Bobby Husaini, Libang Libu mengangkat kisah sebuah produksi filem bukan Melayu yang menjalankan penggambaran di sebuah kampung Melayu di Perak. Pertembungan budaya, agama dan gaya hidup menjadi teras penceritaan, disulami elemen komedi dan drama.

Filem ini dibintangi barisan pelakon utama seperti Amerul Affendi, Beto Kusyairy, Nabila Huda dan Ozlynn Wati.

Turut menjayakan filem ini ialah Zahiril Adzim, Fikry Ibrahim, Sabri Yunus, Khir Rahman, Azhan Rani, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Datuk Razak Ahmad, Niezam Zaidi, Sara Ali, Nadia Aqilah, Anas Ridzuan, Alvin Wong, Khatijah Tan dan Joyce Harn.

Selain itu, filem ini turut menampilkan barisan pelakon pembantu seperti John Bear, Wan Chai, Rahamad Akmal, Fadhli Masoot, Haidar Hasanuddin, Han Zalini dan Kween Keela, serta penampilan khas Datuk Yusof Haslam, Bront Palarae dan Nadiya Nisaa.

Menurut Bobby, Libang Libu bukan sekadar naskhah hiburan biasa, sebaliknya membawa pengalaman menonton yang lebih santai tetapi tetap bermakna.

“Filem ini cuba kembalikan suasana menonton yang ringan dan menyeronokkan, di mana penonton boleh ketawa bersama tanpa perlu memikirkan perkara yang terlalu berat. Ia lebih kepada pengalaman yang dikongsi,” katanya.

Tambahnya, pendekatan penceritaan sengaja dibina dalam gaya santai namun masih mempunyai lapisan makna, khususnya dalam menyampaikan mesej perpaduan.

“Kami tidak mahu nampak seperti mengajar secara langsung. Apa yang kami lakukan adalah biarkan penonton merasai sendiri hubungan antara watak, dan dalam masa sama menyelitkan realiti sosial secara halus,” jelasnya.

Bobby turut mengakui antara cabaran utama dalam menghasilkan filem ini adalah memastikan keseimbangan antara komedi dan sensitiviti budaya.

“Bila melibatkan perbezaan budaya dan agama, setiap babak perlu diteliti dengan sangat berhati-hati. Kami banyak berbincang supaya setiap adegan kekal jujur, autentik dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak,” katanya.

@xtra_my Manisnya Ozlynn & Nabila Huda, cantik sangat! Ozlynn & Abil hadir di majlis tayangan perdana filem Libang Libu arahan Bobby Husaini. Filem ini menampilkan lakonan Beto Kusyairy & Amerul Affendi sebagai teraju utama ini bakal ditayangkan bermula 23 April 2026. #xtramy #xtratonton ♬ original sound – Libang Libu Film

Sementara itu, wakil penerbit Tangerine Films menyifatkan Libang Libu sebagai naskhah yang lahir daripada kepercayaan terhadap kekuatan cerita tempatan.

“Kami yakin penonton hari ini lebih menghargai cerita yang dekat dengan kehidupan mereka. Filem ini membawa kisah Malaysia sebenar dengan nilai produksi yang berkualiti serta barisan pelakon yang kukuh,” katanya.

Diterbitkan oleh Tangerine Films Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Bobby Husaini, Libang Libu bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 April ini.

Naskhah ini membawa penonton menyelami kisah sebuah produksi filem bukan Melayu yang menjalankan penggambaran di sebuah kampung Melayu di Perak. Pertembungan budaya, agama dan gaya hidup menjadi nadi utama penceritaan, disulami dengan elemen komedi dan drama yang dekat dengan realiti masyarakat Malaysia.

Scroll to Top