“Dah Tua Bangka Pemalas” – Netizen Kecam Anak Norish Karman, Minta Cari Kerja

“Dah Tua Bangka Pemalas” – Netizen Kecam Anak Norish Karman, Minta Cari Kerja

Anak kepada Norish Karman iaitu Amanda dikecam oleh netizen selepas kisah keluarganya menjadi perhatian ramai.

Menerusi satu hantaran di Insta Story, Amanda dilihat memuat naik komen kata-kata hinaan daripada netizen namun menjawab dengan ‘Alhamdulillah’.

BACA: Norish Karman Wajibkan Anak-Anak Baca Al-Quran Setiap Malam 

Dalam komen berkenaan, ada yang melabelnya pengemis dan meminta menjual barangan mahal yang dipakainya serta meminta untuk bekerja.

Tenang dengan kecaman diterima, Amanda turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membencinya serta menunjukkan jumlah ‘viewers’ di media sosialnya. 


Scroll to Top