City rampas takhta EPL, Burnley turun liga

City rampas takhta EPL, Burnley turun liga

BURNLEY: Manchester City kembali mengungguli carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Burnley 1-0 di Turf Moor, sekali gus menghantar tuan rumah ke Liga Kejuaraan musim depan.

Gol tunggal Erling Haaland sudah cukup untuk memastikan skuad kendalian Pep Guardiola mengutip tiga mata penting, sekali gus memintas Arsenal di tangga teratas liga berdasarkan perbezaan jaringan, dengan kedua-dua pasukan masih berbaki lima perlawanan.

Kemenangan itu turut menyaksikan Burnley disahkan tersingkir selepas hanya mengumpul 20 mata daripada 34 perlawanan, menjadikan mereka 13 mata di belakang zon selamat dengan baki empat perlawanan.

Guardiola bagaimanapun tidak berpuas hati dengan ketumpulan penyudah anak buahnya meskipun mencipta banyak peluang dalam perlawanan tersebut.

“Kami mencipta banyak peluang dan bermain dengan baik, namun sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol,” katanya.

Sementara itu, pengurus Burnley, Scott Parker mengakui pasukannya gagal mencapai sasaran untuk kekal di Liga Perdana.

“Kami sedikit ketinggalan daripada segi kualiti dan tidak cukup konsisten untuk mengutip mata yang diperlukan,” katanya. – AFP

Scroll to Top