Selat Melaka kekal aman! Tiada keperluan kuasa asing ambil alih kawalan- Khaled Nordin

Selat Melaka kekal aman! Tiada keperluan kuasa asing ambil alih kawalan- Khaled Nordin

Tiada keperluan bagi mana-mana pihak luar untuk mengambil alih atau mencampuri pengurusan Selat Melaka kerana laluan perairan strategik itu kekal aman serta berada dalam kawalan negara serantau.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebarang keputusan berkaitan Selat Melaka perlu dibuat secara bersama oleh negara berkepentingan di rantau ini.

“Sebarang perkara berkaitan Selat Melaka mesti diputuskan secara bersama oleh negara yang berada di kawasan ini, iaitu Indonesia, Singapura, Malaysia dan Thailand.
“Selat Melaka berada dalam keadaan aman, tiada halangan kepada kapal untuk lalu lalang dan tidak ada sebab untuk mana-mana negara, sama ada kecil atau besar menyatakan hasrat untuk mengawal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penutup Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2026 di MITEC, hari ini.

Artikel lain: Insiden pegawai tentera mabuk: Serah siasatan kepada polis – Khaled

Menurutnya, negara-negara di rantau ini mempunyai keupayaan sendiri untuk mengurus keselamatan laluan berkenaan tanpa memerlukan campur tangan pihak luar.

Sementara itu, beliau turut menegaskan pendirian Malaysia adalah selari dengan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa tiada keputusan unilateral boleh dibuat berhubung Selat Melaka, sebaliknya perlu berasaskan konsensus ASEAN.

Scroll to Top