LONDON: Manchester United tidak akan melepaskan kaptennya, Bruno Fernandes biarpun terdapat khabar angin bahawa pemain Portugal itu bakal meninggalkan Old Trafford.
United sebelum ini bersedia menjual Fernandes kepada kelab Arab Saudi, Al-Nassr, namun pemain itu dipujuk untuk kekal oleh ketua jurulatih ketika itu, Ruben Amorim.
Kali ini, pihak pengurusan kelab menegaskan kepada Fernandes bahawa mereka tidak mahu dia meninggalkan pasukan dalam apa jua keadaan sehingga lanjutan kontrak dibincangkan.
United bertindak susulan kenyataan Fernandes kepada stesen penyiar Portugal, Canal 11 pada Disember lalu bahawa dia tidak berpuas hati dengan kesediaan kelab untuk melepaskannya.
Fernandes turut dimaklumkan oleUnited mahu Fernandes kekal di Old Traffordh pembuat keputusan kelab bahawa mereka mahu dia menjadi tonggak utama dalam membina pasukan United yang berjaya pada musim akan dating.
Sumber dalaman United percaya pendekatan di pertengahan musim itu sedikit sebanyak menyumbang kepada prestasi cemerlang Fernandes ketika ini.
Kontrak Fernandes bersama United ketika ini mengandungi klausa pelepasan bernilai 65 juta euro (RM300 juta) yang boleh diaktifkan oleh kelab luar negara.
Bagaimanapun, Fernandes menyatakan kegembiraannya berada di United sejak kebelakangan ini dan pihak pengurusan percaya masa depannya akan lebih terjamin sekiranya pasukan layak ke Liga Juara-Juara musim depan.
United kini berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan lima pasukan teratas layak ke Liga Juara-Juara.
Fernandes masih mempunyai kontrak bersama United sehingga tahun depan, namun kelab mempunyai pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi.- AGENSI




