“Gelaran ‘Retis’ Tu Tak Jadi Kudis Pun” – Farah Ahmad Mohon Jangan Pukul Rata Beri Gelaran

“Gelaran ‘Retis’ Tu Tak Jadi Kudis Pun” – Farah Ahmad Mohon Jangan Pukul Rata Beri Gelaran

Pelakon Farah Ahmad tampil bersuara susulan isu gelaran ‘retis’ yang sering diberikan kepada penggiat seni.

Kata Farah menerusi perkongsian di Instagram, istilah tersebut bukan sahaja tidak wujud, malah tidak seharusnya dijadikan sebagai bahan ‘ejekan’ seolah-olah memperkecilkan kerjaya sebagai seorang artis dan selebriti.

“Terbaca isu retis. Mengikut peribadi diri ini memang tak setuju.

“Kami pelakon bukan retis dan tak ada istilah retis dalam kamus. Yang ada adalah artis dan selebriti. Jangan pukul rata memberi gelaran,” katanya.

Meskipun tidak terkesan dengan gelaran tersebut, pelakon filem Roh ini mengaku dia sudah terbiasa dengan ‘sepak terajang” sebagai seorang pelakon.

“Tapi nak tak nak sebagai manusia diri ini akur akan manusia ada yang pandai tapi tidak bijaksana. Ada yang berakal ada juga yang panjang akal. Jadi gelaran mengarut itu tak menjadi kudis pun.

“Senang tak jadi pelakon? Senang, jika kau faham pelakon itu apa. Kaya tak jadi pelakon? Kalau jadi pelakon semata jawapannya, tidak. Kalau jadi pelakon dan selebriti, ya ada kemungkinan. Kalau jadi pelakon, selebriti dan pempengaruh, ya kemungkinan,” jelasnya.

 

Dalam hantaran sama, Farah turut berkongsi sepotong video pendek, memperlihatkan proses pembikinan sesebuah naskhah yang digandingkan bersama pelakon, Hushairi Husain.

Perkongsian tersebut turut merungkai persoalan sesetengah pihak yang berpendapat bergelar insan seni itu mudah.

“Sebelum pengarah tengok, kami berlatih dulu untuk kenal pasti momentum kerana takut kena marah. Al maklum, dialog panjang macam baca novel. Sebenarnya kami sudah tua.

“Latihan menjadikan lakonan lebih mantap. Ulang banyak kali sampai diri sendiri dan rakan lakon lancar. Bukan sekadar lancarkan dialog sahaja.

“Waktu ini boleh berlatih intonasi, momentum, tenaga dan bertukar pendapat mengenai text dan akan permain emosi yang akan dimainkan.

“Siapa kata pekerjaan pelakon senang? Macam-macam perlu difahami sebelum bagi penonton faham. Dan peringatan, kami pelakon bukan retis,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon Ellie Suriaty menyelar tindakan sesetengah pihak yang gemar menggunakan perkataan ‘retis’ bagi  merujuk kepada penggiat seni tanah air.

Artikel Berkaitan:“‘Retis’ Tu Apa? Itu Ejekan Yang Menjatuhkan Maruah Insan Seni” – Ellie Suriaty

Scroll to Top