mdroji@bh.com.my
Kuching: Wanita Australia yang dilaporkan hilang selepas tersasar dari laluan pendakian di Gunung Santubong, semalam, ditemukan selamat hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa, Belinda Lapier berjaya ditemui pasukan penyelamat pada jam 11.59 pagi tadi.
Menurutnya, usaha kini sedang dijalankan untuk mengeluarkan mangsa dari gaung.
Sebelum itu, jurucakap berkenaan berkata, lokasi mangsa berjaya dikesan pada jam 10.30 pagi tadi apabila dia menyahut selepas pasukan penyelamat melaungkan namanya.
Bagaimanapun, pasukan penyelamat berdepan kesukaran berikutan terdapat banyak halangan untuk menghampiri lokasi mangsa, tambahan pula kecerunan gaung itu dalam 90 darjah.
© New Straits Times Press (M) Bhd




