Penyanyi, Syamel kekal tenang meskipun lagu baharunya berjudul ‘Pertama’ dikritik oleh segelintir pihak di media sosial.
Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Syamel atau nama lengkapnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 33, bagaimanapun dilihat kekal tenang dan bersikap terbuka menerima setiap pandangan netizen.
Rata-rata netizen mengatakan lagu tersebut tidak sesuai dengan vokal Syamel yang dikatakan lebih gemersik dan menyentuh jiwa sekiranya menyanyikan lagu-lagu ballad.
Bagaimanapun, suami kepada penyanyi, Ernie Zakri ini tidak cepat melatah, sebaliknya menghargai setiap pandangan netizen.
Malah, pelantun lagu Hidup Dalam Mati sempat berseloroh membalas komen-komen tersebut.






