am@hmetro.com.my
Kuala Pilah: Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diatas peluang berkhidmat sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Katanya, peluang sebanyak tiga menyambung kontrak sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah penghormatan buatnya.
“Justeru saya turut menyeru kepada pegawai dan kakitangan SPRM supaya memberi kerjasama kepada Ketua Pesuruhjaya yang baharu.
“Saya yakin SPRM akan terus cemerlang di bawah Ketua Pesuruhjaya baharu,” katanya ditemui selepas majlis Penyerahan Masjid Kariah Kampung Terentang, Kuala Pilah di sini.
Hadir sama Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun; Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Zafir Ibrahim; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Datuk Mohd Asri Abdullah dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Datuk Mohd Asri Abdullah.
Azam berkata setakat ini beliau belum mempunyai perancangan sebaik mula bersara pada 12 Mei ini.
“Saya masih sihat, boleh berjoging, berbasikal namun yang pasti saya tidak akan berhimpun di Sogo,” katanya.
Ditanya adakah akan menyertai politik, beliau menegaskan tugasnya sebagai pegawai kerajaan menyebabkan dia lebih seronok berbakti kepada rakyat.
© New Straits Times Press (M) Bhd




