Iran rampas dua kapal kontena di Selat Hormuz

Iran rampas dua kapal kontena di Selat Hormuz
Iran rampas dua kapal kontena di Selat Hormuz

Tangkap layar video memaparkan pihak Iran menahan kapal tersebut. Foto Agensi

TEHERAN – Sebuah video yang disiarkan televisyen negara Iran awal pagi Khamis memaparkan anggota bersenjata menaiki dua kapal kontena di Selat Hormuz, dalam operasi yang dipercayai dilakukan oleh pasukan keselamatan negara itu.

Rampasan salah satu kapal berkenaan, MSC Francesca, disahkan oleh Menteri Hal Ehwal Maritim Montenegro yang memaklumkan empat kru warga negara itu berada di atas kapal tersebut dan kesemuanya dilaporkan selamat.

Sebuah lagi kapal yang terlibat ialah Epaminondas.

Pasukan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menuduh kedua-dua kapal beroperasi tanpa permit yang diperlukan serta memanipulasi sistem navigasi mereka.

Setakat ini, belum ada maklum balas lanjut daripada pihak pemilik kapal berhubung dakwaan tersebut.

Insiden berkenaan berlaku di tengah-tengah ketegangan yang meningkat di laluan perairan strategik itu, yang merupakan antara laluan utama perdagangan minyak dan gas dunia. – Agensi

Scroll to Top