Usahawan Datuk Seri Adnan Abu menjadi perhatian ramai apabila menghadiri program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) bagi memberikan sokongan kepada bekas isterinya, Adira Suhaimi, serta anak sulung mereka.
Pasang niat mohon maaf kepada Adira

Memetik laporan mStar, Adnan, atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 48, menjelaskan kehadirannya adalah untuk merealisasikan impian melihat Anggerik beraksi di atas pentas, selain menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian anaknya itu.
“Harini saya datang untuk bagi sokongan kepada anak saya iaitu Anggerik. Memang impian saya nak tengok anak saya. Alhamdulillah cemerlang hari ini. Tahniah Anggerik.
“Tengok anak-anak lain juga ada atas pentas, menitik air mata. Nak peluk tak dapat kan? Sebab jauh. Tahniah juga kepada Adira kerana berjaya menggilap bakat Anggerik,” katanya pada Ahad.
Dalam masa sama, Datuk Red mengakui kehadirannya turut disertai niat untuk memohon maaf kepada Adira atas kesilapan yang berlaku ketika proses mahkamah berkaitan isu rujuk mereka.
Screenshot
“Saya datang ini sebagai tanda sokongan dan permohonan maaf untuk dia (Adira). Saya nak jernihkan apa yang saya sudah buat sebelum ini. Saya doakan dia semoga bahagia.
“Siti Adira, terbanglah tinggi. Saya doakan awak dan Anggerik,” ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan anak-anak selepas perpisahan, beliau memaklumkan sudah dua minggu tidak bertemu mereka secara bersemuka, namun masih mengikuti perkembangan melalui panggilan video.
Tambahnya lagi, Adira mungkin menyedari kehadirannya di acara tersebut kerana beliau sendiri mendapatkan tiket daripada pengurus penyanyi itu.
“Dua minggu (tak jumpa). Saya ada video call dengan bibik, tapi dalam keadaan sekarang, bagi saya bertenang dulu. Tapi sebak bila tengok semua tadi. Tapi tak apa, asalkan dorang bahagia. Ya, saya sebak.
“Adira mungkin tahu saya datang sebab saya minta tiket dekat pengurus dia,” tambahnya lagi.
Screenshot
Artikel lain: Adira terkejut, Dato Red tuntut RM100,000 syarat batalkan kes rujuk -“Tergamak dia ya”
Sebelum ini, Adira meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Datuk Red yang didakwa meletakkan syarat dalam usaha menyelesaikan kemelut kes rujuk mereka.
Menurut Adira, usahawan berkenaan meminta bayaran sebanyak RM100,000 sebagai salah satu syarat untuk membatalkan kes, selain menggugurkan saman sivil berkaitan tuntutan hutang.
Bagaimanapun, Datuk Red menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan beliau tidak pernah membuat tawaran sedemikian.
Sumber: mStar (Nazrin Zulkafli)




