Kamal Adli titip ucapan ulang tahun penuh emosi buat Hawra – “Maaf, tahun ni lain sikit dari tahun lepas”

Kamal Adli titip ucapan ulang tahun penuh emosi buat Hawra – “Maaf, tahun ni lain sikit dari tahun lepas”

Pelakon Kamal Adli menzahirkan rasa rindu dan memohon maaf kerana tidak dapat berada di sisi anaknya, Hawra Uqaira, sempena ulang tahun kelahiran kedua kanak-kanak itu.

Maaf tahun ni sedikit lain

Screenshot

Menerusi satu perkongsian di Threads, Kamal memaklumkan dia terpaksa berjauhan kerana komitmen kerja dan memohon maaf kerana sambutan tahun ini berbeza berbanding tahun lalu.

“Simpan sini. Selamat ulang tahun kedua sayang, maaf ayah tiada kat sini waktu birthday Hawra. Cari rezeki jauh sikit Allah bagi. Ayah love u so much. Miss u soo much,” ciapannya, semalam.

Tambah Kamal lagi, dia berharap anaknya itu membesar menjadi seorang anak yang solehah, bijak serta sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

“Maaf tahun ni lain sikit dari tahun lepas tapi ayah doa Hawra jadi anak solehah, bijak dan sihat,” pintanya.

Dalam pada itu, Kamal turut menzahirkan penghargaan kepada bekas isterinya, iaitu pelakon Uqasha Senrose atas pengorbanan melahirkan dan menjaga anak mereka.

Screenshot

“Terima kasih ibu lahirkan dan jaga Hawra. Allah je dapat balas,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Saya dah ‘pishang’ rindu anak saya, harap dia ingat bapa dia – Kamal Adli

Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu selepas aktres itu memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April 2024.

Sumber: Threads kamaladli

Scroll to Top