Pentadbiran Negeri Sembilan kini beroperasi sebagai kerajaan minoriti selepas 14 ADUN Barisan Nasional menarik sokongan.
Memetik laporan daripada Buletin TV3, Menteri Besar, Dato’ Sri Utama Aminuddin Harun menegaskan beliau akan terus menjalankan tanggungjawab seperti biasa.

Junjung titah YDP Negeri Sembilan
Beliau turut memaklumkan bahawa perkara itu telah disembah maklum kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang menitahkan agar pentadbiran diteruskan sehingga ada keputusan jelas.
“Kita akan jalankan pentadbiran kerajaan (negeri) sedia ada sehingga ada keputusan jelas. Saya akan teruskan tugasan (sebagai Menteri Besar),” ujarnya.
FOTO: Media MBNS
Dalam masa sama, beliau menjelaskan tiada perancangan setakat ini untuk bertemu ADUN BN bagi menyelesaikan konflik yang berlaku.
Sidang media tersebut turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan negeri.
Sumber: Buletin TV3 (Mohd Nasaruddin Parzi dan Mohd Amin Jamil)




