DAP sokong kepimpinan Aminuddin

DAP sokong kepimpinan Aminuddin

Seremban: DAP menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun untuk meneruskan tanggungjawab mentadbir negeri biarpun sebagai kerajaan minoriti.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, DAP menolak sebarang cubaan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.

Beliau berkata, jika ada usaha untuk menukar Menteri Besar Negeri Sembilan, ia perlu melalui proses yang betul iaitu menerusi usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau atas titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang meminta jawatan itu dikosongkan.

“Bagi kita kedudukan Menteri Besar hanya boleh ditukar melalui dua cara. Ada dua ‘precedent’ (kes duluan), pertama dia boleh digugurkan jawatan melalui usul atau undian dalam DUN, iaitu kalau usul undi percaya tak diluluskan.

“Sama ada kita setuju atau tak, iaitu perkara berlaku di Perak, apabila ada ADUN tarik sokongan dia pergi jumpa tuanku, kalau tuanku perkenan lantik Menteri Besar baharu, maka kedudukan (Menteri Besar sedia ada) akan tergugat,” katanya pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top