Pelakon sensasi, Ammar Alfian berjaya memperoleh perintah injunksi interim terhadap bekas teman wanitanya, Qhaisha berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah sekitar April tahun lalu.
Menurut laporan mStar, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan itu selepas meneliti hujahan serta dokumen yang dikemukakan.
Perintah tersebut bukan sahaja melibatkan Ammar, malah turut melindungi tunangnya, Gan Xue Zane yang dipercayai terkesan dengan dakwaan berkenaan.
Dilarang sebar, ganggu atau hubungi Ammar Alfian

Menurut peguam Ammar, Sivanesan, mahkamah menetapkan beberapa larangan tegas terhadap Qhaisha.
Perintah ini melarang defendan daripada mengeluarkan, menyiarkan atau menerbitkan sebarang kenyataan yang berpotensi memfitnah…
Selain itu, Qhaisha juga tidak dibenarkan menghubungi atau mengganggu Ammar dan tunangnya, dilarang memantau, mengekori atau merakam kehidupan peribadi mereka.
Bukan tu jer, dia juga tidak boleh menyentuh isu pekerjaan atau status profesional pasangan itu dan dihalang mendedahkan maklumat berkaitan prosiding mahkamah
Lindungi maruah dan privasi

Peguam menegaskan tindakan ini diambil bagi menjaga maruah serta privasi anak guamnya daripada dakwaan yang tidak berasas.
Mereka tidak wajar dikenakan sebarang insinuasi negatif atau gambaran yang tidak berasas.
Perintah ini akan kekal berkuat kuasa sehingga kes selesai sepenuhnya di mahkamah.
Pssttt! Dalam era media sosial, berhati-hatilah dalam berkongsi cerita. Fitnah bukan sahaja merosakkan reputasi, malah boleh berakhir di mahkamah.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




