Lelaki tikam ibu tiri hingga maut kerana curang

Lelaki tikam ibu tiri hingga maut kerana curang
Lelaki tikam ibu tiri hingga maut kerana curang

Laporan autopsi mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada tubuh mangsa hingga menyebabkan pendarahan yang serius. – Foto Agensi

BANGKALAN – Motif pembunuhan seorang wanita cantik di tangan anak tirinya akhirnya terungkai.

Mangsa dikenali sebagai ABF, 30, diserang pelaku, MH, 24, dalam kejadian menggemparkan di Jalan Raya Desa Lombang Dajah, Kecamatan Blega, Kabupaten Bangkalan, Jawa Timur, Indonesia pada Rabu lalu.

Siasatan awal pihak berkuasa terhadap suspek mendapati dia berang kerana mendakwa ibu tirinya curang dengan lelaki lain.

Insiden itu berlaku ketika ABF bersama seorang lelaki, MS dan kakaknya, SH berada di tepi jalan untuk menunggu bas.

MH yang membawa sebilah sabit kecil bertindak mengejar ketiga-tiganya dari arah belakang.

“MS dan SH sempat melarikan diri. Pelaku yang hilang kawalan menikam ibu tirinya beberapa kali hingga mangsa maut di tempat kejadian.

“Dia kemudiannya melarikan diri. Kira-kira dua jam selepas itu, dia tampil di hadapan kepala desa untuk mengakui perbuatannya,” kata jurucakap polis.

Jasad ibu tirinya telah dihantar ke RSUD Syamrabu Bangkalan untuk proses bedah siasat.

Pelaku pula berdepan dakwaan membunuh dengan niat yang boleh dihukum mati, dipenjarakan seumur hidup atau penjara maksimum 20 tahun jika disabit bersalah. – Agensi

 

 

Scroll to Top