
Donald Trump. Foto Agensi
WASHINGTON – Senat Amerika Syarikat (AS) pada Selasa gagal meluluskan resolusi bagi menghalang tindakan ketenteraan AS tanpa kebenaran di Cuba, lapor Anadolu Ajansi.
Resolusi itu dibentangkan oleh Senator Demokrat Tim Kaine, namun ditolak selepas undian 51 berbanding 47.
Presiden AS, Donald Trump sebelum ini beberapa kali menyatakan bahawa Cuba adalah “sasaran seterusnya” selepas operasi ketenteraan terhadap Iran, selain mendakwa negara pulau di Caribbean itu akan runtuh tidak lama lagi.
Menjelang pengundian, Kaine berkata di Dewan Senat bahawa perang Trump terhadap Iran merupakan satu “bencana”.
“Kini, beliau mahu melancarkan perang baharu dengan Cuba. Saya dan rakan-rakan tetap dengan pendirian kami: tiada perang baharu yang tidak perlu,” katanya. – Bernama-Anadolu



