Sibuk Jaga Semua Orang, Siapa Jaga Kita? Farmasi CARiNG Menyeru Wanita Malaysia Untuk Mengutamakan Diri Sendiri | Branded – Oh! Media

Sibuk Jaga Semua Orang, Siapa Jaga Kita? Farmasi CARiNG Menyeru Wanita Malaysia Untuk Mengutamakan Diri Sendiri | Branded – Oh! Media

Jadi wanita zaman ini, rasanya macam tak cukup waktu sehari untuk habiskan segala urusan, kan? Dari subuh bangun sediakan anak ke sekolah, sehingga malam menyiapkan kerja dari rumah. 

Dalam kesibukan nak menunaikan tanggungjawab sebagai ibu, isteri, pekerja, atau anak, selalunya satu perkara akan terkunci di tempat paling bawah senarai: Kesihatan kita sendiri.

Tapi, pernahkah kita terfikir, bagaimana nak terus kuat kalau ‘enjin’ kita sendiri tak dijaga?

Menyedari realiti ini, Farmasi CARiNG bersama Farmasi Georgetown dan Farmasi Wellings di bawah BIG CARING Group, telah melancarkan satu inisiatif “Memperkasakan Wanita, Memberi Inspirasi Kesejahteraan”

Matlamatnya satu: Nak ubah minda wanita supaya jaga diri dari awal, jangan tunggu sampai terlambat.

Bukan Kita Tak Kisah, Tapi Kita Selalu Sibuk

Ramai yang salahkan wanita kerana ambil mudah soal kesihatan. Namun, Ketua Pegawai Pemasaran BIG CARING Group, Wong Siew Lai, datang dengan pendekatan yang lebih memahami.

“Hakikatnya, kebanyakan wanita bukanlah tidak peduli tentang kesihatan mereka. Cuma, setiap hari mereka sibuk bertukar peranan— dari seorang ibu menjadi pekerja, dan sebaliknya. Apa yang kami nampak, ramai wanita hanya mula ambil tindakan apabila badan sudah terasa sangat letih atau ada sesuatu yang tidak kena,” kongsinya.

Jadi, kempen ini bukan sekadar menjual produk, tetapi mahu menjadikan penjagaan diri sesuatu yang praktikal, senang dicapai, dan tak memberi tekanan kepada rutin harian wanita.

Cantik Dari Luar, Sihat Dari Dalaman: Pendekatan Holistik Yang Perlu Anda Tahu

Kalau dulu kita fikir jaga kesihatan tu maknanya makan vitamin je, kempen kali ini minta kita lihat lebih luas. Ia menggabungkan tiga elemen utama: kesejahteraan dalaman, luaran, dan juga mental.

Untuk kesihatan dalaman, ia bukan sekadar soal imuniti, tetapi melibatkan keseimbangan hormon dan juga kesihatan tulang yang berubah mengikut usia. Menyentuh tentang hal ini, wakil dari Lang Bragman berkongsi satu perspektif yang menarik:

“Di Lang Bragman, kami amat gembira dapat menyertai acara Kesejahteraan Wanita anjuran CARiNG. Melalui produk seperti Ibulac, FemiClear, dan Colactogen, kami mahu meningkatkan kesedaran bahawa kesihatan wanita bermula dari dalam. 

Probiotik yang betul adalah sekutu yang senyap tetapi amat berkuasa untuk keseimbangan usus, kesihatan intim, dan hormon pada setiap peringkat kehidupan. Kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama kami untuk menyokong kesejahteraan harian wanita secara mudah dan boleh diakses oleh semua.”

Manakala untuk kesejahteraan luaran, siapa kata kesihatan tak ada kaitan dengan rupa? Kempen ini turut menekankan penjagaan kulit, masalah keguguran rambut, serta kebersihan intim. Logiknya, apabila dalaman kita baik, luaran automatik akan glowing.

“Wanita Berkuasa, Masa Depan Lebih Sihat”: Pesanan Tepat Buat Kita

Kempen ini telah dilancarkan secara rasmi dalam satu acara yang bertemakan “Tetapkan Semula Masa Anda” (Reset Your Me-Time), yang bermula dengan ucapan oleh Ketua Pemasaran Produk BIG CARING Group, Lim Chee Mun.

Pelancaran disempurnakan dengan upacara mewarna batik sebagai simbol bagaimana setiap wanita itu unik dan perlu dihargai. 

Pada majlis yang saya juga, jenama pakaian DoubleWoot telah bekerjasama dengan acara ini di mana pakaian dipadankan dengan produk kesihatan, membuktikan bahawa amalan sihat itu sebenarnya sangat stylish. Seolah menjadi lambang kepada diri wanita itu sendiri.

Namun, yang paling memberi impak ialah sesi perbincangan panel “Wanita Berkuasa, Masa Depan Pasti Lebih Sihat”, yang menampilkan Lim Chee Mun, Dr Amanda Elli (atau yang dikenali sebagai Dr Unicorn), dan pengasas bersama DoubleWoot, Helen Tan.

Tahukah anda? 

Tekanan, hormon, dan keyakinan diri saling berkait. Kurang rehat dan tekanan tinggi bukan saja merosakkan kesihatan fizikal, malah membuatkan kita kurang yakin untuk membuat keputusan.

Beberapa ‘truth bomb’ yang dikongsi oleh panel ini sangat berguna dan membuka mata hadirin yang hadir pada acara petang itu.

Dr Amanda Elli menekankan bahawa wanita sering mengutamakan orang lain. Jangan tunggu sakit tenat baru nak pergi klinik. Pemeriksaan pencegahan seperti ujian hormon, pemeriksaan payudara sendiri (BSE), ujian HPV, dan Pap smear wajib dilakukan.

Maklumat kesihatan di internet terlalu banyak dan kadang-kala berbahaya. Lim Chee Mun menegaskan, ahli farmasi sentiasa bersedia membantu memberi nasihat dan pemeriksaan awal yang tepat.

Helen Tan berkongsi realiti apabila umur meningkat, stamina menurun. Jadi, tidur yang cukup, minum air banyak, dan benar-benar berehat adalah keperluan, bukan kemewahan.

‘Self-Care’ Bukan Sifat Pentingkan Diri!

Pada penghujung majlis, satu mesej yang sangat kuat disampaikan: Menguruskan tekanan, memahami badan sendiri, dan mendapatkan bantuan profesional memperkasakan wanita untuk membuat keputusan yang lebih baik.

Meluangkan masa untuk diri sendiri bukanlah perkara yang mementingkan diri (selfish), sebaliknya ia satu keperluan (necessary). Kalau kita jatuh sakit, siapa yang akan jaga keluarga nanti?

Farmasi CARiNG Sedia Membantu Kaum Wanita & Masyarakat

Untuk memastikan wanita mempunyai pilihan terbaik mengikut peringkat kehidupan masing-masing, Farmasi CARiNG telah menyatukan barisan jenama ternama yang benar-benar memahami kehendak wanita.

Menyokong inisiatif ini, Dr. K.S. Beh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Herbs of Gold (Malaysia & Singapura) meluahkan rasa bangga, “Herbs of Gold berbesar hati untuk bekerjasama dengan Farmasi CARiNG dalam inisiatif kesejahteraan wanita yang sangat bermakna ini. Wanita hari ini memikul pelbagai peranan serentak selaku tiang sokongan yang kuat dalam keluarga, dan kesihatan mereka tidak sepatutnya dipandang enteng. 

Sebagai jenama suplemen dari Australia, kami berbangga menawarkan pelbagai penyelesaian kesihatan yang direka khusus untuk menampung keperluan wanita yang sentiasa berubah, disokong oleh kualiti dan penyelidikan yang teguh.”

Selain Herbs of Gold dan produk dari Lang Bragman, para wanita juga boleh mendapatkan sokongan daripada jenama kesihatan lain seperti VitaHealth, Kinohimitsu, BiO-LiFE, PureMed, Curatica, Swissmed, Life Factor, Lennox, dan Boony & Co. Manakala untuk penjagaan luaran dan kulit, jenama terkemuka seperti La Roche-Posay, CeraVe, Cetaphil, dan Treecell turut menjadi sebahagian daripada ekosistem kesejahteraan ini.

Jadi, buat wanita-wanita yang sedang membaca ini, jom kita buat perubahan hari ini. Singkirkan rasa bersalah bila nak luangkan masa untuk check-up atau beli vitamin sendiri. Kerana, anda layak untuk sihat, cantik, dan jadi lebih berkeyakinan.

author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top